KOD ETIKA PERGURUAN
1. Guru seharusnya menjaga
maruahnya sebagai guru yang bersahsiah tinggi
Guru sepatutnya menjaga perlakuan mereka agar tidak
mencemarkan maruah kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa
tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak
mulia.
2. Guru tidaklah harus
bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan
3. Guru perlu menjalankan
tugas dengan jujur
Guru
perlu bersikap jujur dalam menjalankan tugasnya tanpanmelakukan sesuatu itu
dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dalam kalangan
pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah
sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.
4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap
anak muridnya
Tanggungjawab
seorang guru itu adalah untuk melindungi
dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika di sekolah. Sewaktu guru
sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu
agar guru dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar.
5. Guru haruslah memberi pengajaran kepada
setiap muridnya tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.
Guru
tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih antara kaum dan agama mengikut
keselesaannya. Sebagai contoh, Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan
beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar
Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa
mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu.
Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.
6. Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat
Di
sekolah, guru merupakan orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh
dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan. Hal ini dikatakan demikian
kerana ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah tidak dapat menegetahui apa yang
dilakukan oleh anak mereka di sekolah tanpa penjagaan mereka.
Etika Kerja Kementerian Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
- Niat yang betul
- Perlakuan yang baik
- Pengerak ke arah kebaikan
- Memperkotakan apa yang dikatakan
- Berdisiplin dan beradab
- Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
- Amanah
- Benar
- Bijaksana
- Bersyukur
- Dedikasi
- Ihklas
- Penyayang
Rujukan
Great.Neddy. (2012, February 3). Aspirasi Pendidikan Malaysia. Retrieved September 2, 2014, from http://pendidikangurubaru.blogspot.com/
Nota 4: Etika Perguruan. (2005, November 24). Retrieved September 2, 2014, from http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/
Paine Stewart. (2014). Blog Cikgu Paine: ETIKA PERGURUAN. Retrieved September 3, 2014, from http://painestewart77.blogspot.com/2014/02/etika-perguruan.html
0 comments:
Post a Comment