Integrity

Integrity is the heart of character. Don't lose it!!

Pendidikan Khas

Jangan mengabaikan kanak-kanak istimewa kerana mereka merupakan insan ciptaan Tuhan.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Belajar dengan cemerlang

Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday 30 September 2014

Tugasan





Disediakan oleh :

Sit Ai Chin

Monday 22 September 2014

KOD ETIKA PERGURUAN



1. Guru seharusnya menjaga maruahnya sebagai guru yang bersahsiah tinggi

Guru sepatutnya menjaga perlakuan mereka agar tidak mencemarkan maruah kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia.


2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan  amanah berhubung dengan kewangan

 Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.

3. Guru perlu menjalankan tugas dengan jujur
   
Guru perlu bersikap jujur dalam menjalankan tugasnya tanpanmelakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dalam kalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya

Tanggungjawab seorang guru itu adalah  untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika di sekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar.

5. Guru haruslah memberi pengajaran kepada setiap muridnya tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

Guru tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih antara kaum dan agama mengikut keselesaannya. Sebagai contoh, Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.

6. Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat

Di sekolah, guru merupakan orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah tidak dapat menegetahui apa yang dilakukan oleh anak mereka di sekolah tanpa penjagaan mereka. 



Etika Kerja Kementerian Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
  1. Niat yang betul
  2. Perlakuan yang baik
  3. Pengerak ke arah kebaikan 
  4. Memperkotakan apa yang dikatakan
  5. Berdisiplin dan beradab
  6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
  1. Amanah
  2. Benar
  3. Bijaksana
  4. Bersyukur
  5. Dedikasi
  6. Ihklas
  7. Penyayang




Rujukan
Great.Neddy. (2012, February 3). Aspirasi Pendidikan Malaysia. Retrieved September 2, 2014, from http://pendidikangurubaru.blogspot.com/
Nota 4: Etika Perguruan. (2005, November 24). Retrieved September 2, 2014, from http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/
Paine Stewart. (2014). Blog Cikgu Paine: ETIKA PERGURUAN. Retrieved September 3, 2014, from http://painestewart77.blogspot.com/2014/02/etika-perguruan.html









Etika pemakaian



ETIKA PEMAKAIAN GURU

Menurut kamus dewan edisi keempat, etika bermaksud :

prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.


Ada beberapa istilah yang harus diterangkan dahulu maksudnya sebelum kita melanjutkan pembicaraan kita mengenai tajuk ini. 


Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru.  Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain sebagainya.  

Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan sebagainya.

Kod etika adalah aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan, pengubatan dan sebagainya.

Ketiga, nilai-nilai yang menyertai setiap kerjaya itu seperti memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada pelanggan dan sebagainya.  Hal inilah dikatakan maksud  nilai.

Keempat pengamalan, memang semua kerjaya mementingkan amalan kerana setiap pemegang kerjaya itu dipanggil pengamal(practitioner) dalam bidang tertentu seperti keguruan, pengubatan, kejuruteraan dan lain-lain.  Tetapi sebelum sampai kepada amalan, nilai-nilai kerjaya itu harus dihayati(intemalized) lebih dahulu, ini yang membawa kita kepada aspek terakhir pada kertas ini, iaitu penghayatan.

Kelima penghayatan, iaitu penghayatan nilai-nilai.  Kalau ilmu seperti matematik, perubatan dan lain-lain dipelajari, maka nilai-nilai seperti keikhlasan, kejujuran, dedikasi dan lain-lain itu dihayati.



Contoh pemakaian guru yang beretika:



Kementerian juga mengeluarkan pekeliling bagi etika pemakain seorang guru..


PEKELILING IKHTISAS


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH

KategoriPekeliling Ikhtisas
Bil7
Tahun2001
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
Tarikh07 June 2001


Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian





         ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MENENGAH

ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI






ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN


ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS DAN PUSTAKAWAN SEKOLAH































Rujukan:
Dalila. (2012, June 12). Etika Pemakaian Murid Sekolah Menengah. Retrieved September 5, 2014, from http://srisbn.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=232&Itemid=179
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2014). Retrieved September 5, 2014, from http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=736

http://mydiped2001.tripod.com/etikaguru.htm




Saturday 20 September 2014

Rujukan

RUJUKAN

Abam Ming. (2011). Disleksia. Retrieved September 18, 2014, from notagurupelatih.blogspo: http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/apa-itu-disleksia.html

Apakah itu. (2012, November 26). Apa Itu Integriti. Retrieved September 18, 2014, from blogapakahitu.blogspot: http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-integriti-maksud-integriti.html

Ct Salmiah. (2014, April 25). Punca-punca Hiperaktif. Retrieved September 18, 2014, from myavitashop.blogspot: http://myavitashop.blogspot.com/2014/04/punca-punca-anak-hiperaktif.html

Dr Erni Rahaiza Binti Muhd Ramli. (2014, September 18). Hiperaktif. Retrieved September 18, 2014, from myhealth.gov: http://www.myhealth.gov.my/index.php/kecelaruan-hiperaktif-kurang-daya-tumpuan

Hassan Alias. (2003). Teknik Ingatan. In A. Aziz, Teknik Ingatan. Kuala Lumpur: Quantum Learning.

Nabila Bayek. (14, Januari 2013). Definisi Pendidikan Khas. Retrieved September 18, 2014, from notapendidikankhasku.blogspot: http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/01/definisi-pendidikan-khas.html

PTS Publications 7 Distributors. (2003). Penggunaan Minda Secara Optimum. In A. F. Hassan, Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran. Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Venton Publishing. (2009). Penggunaan Internet. In K. A. Mohammad, Internet Untuk Semua. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Wan Faizatul Atiqah Ismayatim. (n.d.). Kanak-kanak Disleksia. Retrieved September 18, 2014, from nourelhealth.blogspot: http://nourelhealth.blogspot.com/2014/01/masalah-utama-kanak-kanak-disleksia.html

Wan Norhuda Binti Wan Ibrahim. (2012, Disember 12). Pengenalan Pendidikan Khas. Retrieved September 18, 2014, from wannorhuda.blogspot: http://wannorhuda.blogspot.com/2012/12/pengenalan-pendidikan-khas.html


zaihanmathussin91. (n.d.). Definisi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Retrieved September 18, 2014, from zaihanmathussin91.wordpress: http://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-kanak-berkeperluan-khas/

Dari:
Nurul Asyiqin Binti Ruslan

Rujukan

Rujukan

 Baharin Abu. (n.d.). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar. Retrieved September 15, 2014, from http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf

 Literasi Maklumat | PSS SMK RAHMAT [Web log post]. (n.d.). Retrieved September 15, 2014, from http://pss-smkrahmat.blogspot.com/2010/05/literasi-maklumat_29.html

Norsiah binti Kamari. (n.d.). Kemahiran Literasi Maklumat. Retrieved September 15, 2014, from http://pssmkcas.files.wordpress.com/2013/06/kemahiran_maklumat.pdf

 Syed, I. S., & Ahmad, S. M. (2010). Kemahiran belajar. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia.


Disediakan oleh : Sit Ai Chin

Friday 19 September 2014

KUIZ

file:///C:/Documents%20and%20Settings/Ruslan%20Omar/My%20Documents/Quizzes/Quiz%20hiperaktif/Quiz%20hiperaktif/index.html

Thursday 18 September 2014

Integriti

Video Mengajar Kanak-kanak Riang

 Menunjukkan bagaimana menghadapi kanak-kanak yang pelbagai ragam ...............











tugasan



Disediakan oleh:

Nurul Asyiqin Binti Ruslan












Pengenalan

Pendidikan khas

 Definisi Kanak- Kanak Berkeperluan Khas

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ).
Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak  berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi
  1. mental ( pencapaian akademik ),
  2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),
  3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),
  4. tingkah laku ( mengawal diri ),
  5. emosi ( bercampur gaul )
  6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri

 Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)?
Apakah itu Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)?
 dfghjk
Murid-murid Pendidikan Khas yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah:
1. Autisme
2. Sindrom Down
3. Selebral Palsi
4. Dileksia
5. Hiperaktif (ADHD) / Hipoaktif
6. Lembam
7. Pintar cerdas
8. Terencat akal yang minima

 
Murid-murid Pendidikan Khas yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah:
1. Autisme
2. Sindrom Down
3. Selebral Palsi
4. Dileksia
5. Hiperaktif (ADHD) / Hipoaktif
6. Lembam
7. Pintar cerdas
8. Terencat akal yang minima



Rujukan:

http://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-kanak-berkeperluan-khas/
http://welovependidikankhas.blogspot.com/p/apakah-itu-pendidikan-khas-masalah.html

INTEGRITI

Apa Itu Integriti? 


Maksud Integriti,....

 Menurut kamus dewan edisi keempat, intégriti bermaksud :

- kejujuran, mencemarkan nama baik dan ~ jabatan 
- keadaan sempurna dan utuh, keutuhan.

Berintegriti pula ialah mempunyai (kejujuran, ketulusan dan sebagainya)





Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini?



Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?

Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.

Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. 

Sumber: develop-tutor.blogspot.com




Rujukan:

http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-integriti-maksud-integriti.html

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integriti

http://www.jpnin.gov.my/

http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/12/22/minda-penerbit-siri-ke-29/

Hiperaktif

Hiperaktif





Definisi.....


- ADHD  juga dikenali sebagai kesukaran memusatkan  perhatian 
(Attention Deficit Disorder,ADD)
- mempunyai masalah atau kerosakan kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif.
- Menyebabkan gangguan pada keupayaan otak untuk menumpukan atau fokus pada sesuatu benda.
- Kebiasaannya dikesan sebelum berumur 7 tahun.

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Melibatkan 3 jenis kepayahan :

  • Kurang tumpuan
  • Hiperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)


anda & gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
  1. Kurang tumpuan
    Kanak-kanak sentiasa :
    • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
    • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
    • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
    • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
    • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
    • Tidak berupaya mematuhi arahan
    • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
    • Mudah hilang perhatian
    • Pelupa
  2. Hyperaktif
    Kanak-kanak sering :
    • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
    • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
    • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
    • Bising waktu bermain
    • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
    • Banyak bercakap
  3. Menurut kata hati (Impulsiviti)
    Kanak-kanak akan :
    • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
    • Tidak sabar menunggu giliran
    • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
    • Tambahan :
      • Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
      • Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
      • Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
      • Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
      • Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
      • Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
    • Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Punca-punca Anak Hiperaktif



Asbab hiperaktif atau ADHD (attention-deficit/hyperactivity disorder) kepada anak-anak tidak semua berlaku merujuk pada suatu faktor yang sama, disini saya boleh simpulkan dengan merujuk sumber yang boleh dipercayai; terdapat lima punca yang besar kemungkinan menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami hiperaktif, mungkin ada lagi faktor yang saya terlepas pandang anda boley senaraikan juga di ruangan komen :

1. Faktor Genetik
  • Sebanyak 3-5 % anak-anak dari seluruh dunia mengalami hiperaktif disebabkan oleh faktor genetik. Kajian daripada peta gen yang diambil dari lebih 1400 anak yang pernah dijadikan subjek kajian dan mendapati bahawa anak dengan ADHD memiliki potongan kecil DNA yang digandakan atau hilang.
  • Lebih kurang 25-35% dari ibubapa dan saudara yang pada masa kecil mereka juga hiperaktif, dan sifat hiperaktif ini akan diwarisi kepada anak kelak.

2. Faktor Neurologik
  • Risiko anak hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti proses bersalin yang lama, distres fetal, persalinan dengan cara menggunakan forcep, eklamsia berbandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal. 
  • Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meningkatkan risiko hiperaktif.
  • Selain itu, perkembangan otak yang lambatjuga boleh menjadi faktor. Kajian dalam bidang neurologi sehingga kini, dipercayai hiperaktif terjadi akibat kelemahan fungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernama dopamin. Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi/tumpuan. Beberapa kajian ini menunjukkan terjadi gangguan aliran darah di kawasan tertentu pada anak hiperaktif, iaitu di kawasan striatum, orbital-prefrontal, kawasan orbital-limbik dan khususnya gangguan di otak kanan.

3. Faktor Psikologi dan Persekitaran

Perkembangan emosi dan sosial anak-anak juga bergantung kepada latar belakang ibubapa dan persekitaran anak, apa yang dilalui oleh mereka seharian mempengaruhi tingkah laku mereka kelak : 
  • Kebanyakkan kanak-kanak yang hiperaktif mengalami masalah di dalam kehidupan mereka, dan keliru tentang hubungan diantara mereka dengan ibu bapa mereka. Ada ketika mereka menganggap ibubapa sama seperti rakan sebaya mereka, dan ini harus diasuh secara berhemah oleh ibubapa sendiri.
  • Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan tentang gangguan hiperaktif. 
  • Anak-anak hiperaktif tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah, kerana mereka terlalu mengikut kemahuan dan yakin kemahuan itu wajib ditunaikan. Sekali lagi ibubapa menjadi role terbaik kepada mereka, dalami psikologi anak anda adalah perlu untuk melatih mereka membezakan hak peribadi mereka dan hak kepunyaan orang lain.
  • Ibu bapa perlu mengenal kelebihan, kekurangan dan bakat anaknya serta membantu anak dalam bersosial. Di samping itu juga, perlulah memberi ruang untuk bergerak yang cukup bagi kegiatan aktiviti seharian anak-anak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka, menerima batasan, membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anaknya dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya.
  • Menggunakan teknik-teknik pengelolaan perilaku, seperti menggunakan penguat positif (misalnya memberikan pujian bila anak makan dengan tertib), memberikan disiplin yang konsisten, dan selalu melihat perilaku anak.

4. Faktor Makanan

Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak. Contohnya : 
  • Makanan mengandungi kadar gula yang tinggi atau karbohidrat olahan
Kedua jenis makanan ini  dapat mempengaruhi mood anak. Makanan ini dapat mencetuskan hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol yang dapat memberikan perasaan cemas dan gelisah. 
  •  Aditif Makanan
Pewarna tiruan, penambah rasa, dan pemanis buatan serta kandungan gula terlalu tinggi membuat sistem saraf terlalu aktif. Biasanya banyak didapati pada produk makanan segera. Seperti donat beraneka salutan, pastri, cupcake, soda, fast food, keropok, gula-gula dan pelbagai makanan yang tidak sihat di pasaran kini yang mengandungi jumlah gula yang tinggi dapat membuatkan sistem saraf terlampau aktif.

5. Faktor Toksik

Pendedahan ibu kepada faktor toksik semasa kehamilan boleh memberi kesan anak hiperaktif, iaitu;
  • Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang tinggi
  • Ibu yang merokok dan mengambil alkohol
  • Terkena sinar-X ketika hamil juga dapat melahirkan anak yang hiperaktif


Komplikasi
  • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
  • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
  • Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.
Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.
Pemulihan
Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.
Pendidikan Khas
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/index.php/kecelaruan-hiperaktif-kurang-daya-tumpuan
http://myavitashop.blogspot.com/2014/04/punca-punca-anak-hiperaktif.html