Tuesday 16 September 2014

Kanak-kanak berkeperluan khas


Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.


Menurut Kail (2001), kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi , dan ciri-ciri fizikal.



Istilah kanak-kanak  berkeperluan khas

Dalam bahasa Inggeris, istilah “kanak-kanak berkeperluan khas” dinamakan  “children with exceptional needs” atau secara ringkas “exceptional children”.  Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk “kanak-kanak berkeperluan khas”,  antaranya ialah :

Kanak-kanak luar biasa
  •           Kanak-kanak yang berbezadaripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak luar biasa ini terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak kurang upaya
  •           Kanak-kanak ini mengalami kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan yang sempurna menyebabkan mereka tidak dapat melakukan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak cacat

  •          Merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh sseeorang kanak-kanak kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.







0 comments:

Post a Comment