Menurut Hallahan dan
Kauffman (1991), kanak-kanak bermasalah pendengaran didefinisikan sebagai
kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap intensity atau kekuatan
bunyi. Mereka juga sinonim dengan murid-murid yang mengalami masalah
komunikasi, sosial serta akademik.
Menurut Mojuntin Ebin (
1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam
perkembangan pertuturan dan bahasa. Mereka tidak boleh berfikir seperti
murid-murid lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut.
Jenis masalah pendengaran
Terdapat tiga (3) jenis masalah
pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran:
1.
Masalah pendengaran konduktif
berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga
tengah
Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah
2.
Masalah pendengaran sensorineural
pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat
di mana koklea dan saraf pendengaran berada
Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan
Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan
3.
Masalah pendengaran campuran pula
berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu
masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama
Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.
Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.
Ciri-ciri
v Meminta percakapan diulang berkali-kali
v Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
v Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami
arahan
v Sukar memahami perbualan di tempat bising
v Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha
untuk memahami apa yang didengari
v Sukar memahami perbualan telefon
v Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
v Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
v Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
v Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di
bahagian kepala dan leher.
v Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah
pendengaran
v Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik
dll)
v Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol,
buah pinggang dll)
Punca Kecacatan
Sebelum Kelahiran
Ø Baka
Ø Pengambilan dadah dan alcohol yang berlebihan
Ø Jangkitan penyakit
Ø Tidak diketahui
Semasa Kelahiran
Ø Tidak cukup bulan
Ø Kelahiran yang terlalu lama
Ø Anoxia
Ø Sawan
Selepas Kelahiran
Ø Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus
Ø Kecederaan di telinga
Ø Demam campak, beguk
Ø Berat badan kurang dari 1500g
Ø Jangkitan kuman telinga tengah
Masalah sampingan
Masalah sampingan
i.
Kurang
memberi perhatian dalam kelas
ii.
Pencapaian
yang lemah dalam pelajaran
iii.
Kurang
bercakap dan banyak menggunakan jari
iv.
Kelihatan
nakal dan tidak mempedulikan orang lain
v.
Tidak
bertindak balas terhadap bunyi
vi.
Silap
memahami arahan
vii.
Menunjukkan
sikap yang ganjil ketika berinteraksi
viii.
Telinga
sering berair atau bernanah
ix.
Lebih
banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu
sebelum melakukan sebarang tugas.
x.
Selalu
berkhayal
Keperluan bantuan
masalah pendengaran
a. Pendekatan Oral- Auditory
Pendekatan ini
menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki
pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat
bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan
bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan
implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur,
melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan
bunyi-bunyi yang berbeza.
b. Kaedah bacaan bibir
Kaedah ini juga
menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak
sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur
berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.
c. Kaedah bahasa isyarat
Pada amnya
bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan
makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak
lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu
(KTBM).
d. Kaedah komunikasi seluruh
Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan
ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen
penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara
serentak.
e. Pertuturan isyarat (cued speech)
Kaedah ini
diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi
memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan
pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat
lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi
huruf vokal.
Rujukan
Retrieved August 25, 2014, from http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%208%20Kanak-Kanak%20Bermasalah%20Pendengaran.pdf
Jamila, K. A. (2006). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Batu Caves, Selangor: PTS Professional Pub.
Mohd, Z. G. (2011). Pengantar pendidikan khas.
0 comments:
Post a Comment