Thursday, 18 September 2014

Hiperaktif

Hiperaktif





Definisi.....


- ADHD  juga dikenali sebagai kesukaran memusatkan  perhatian 
(Attention Deficit Disorder,ADD)
- mempunyai masalah atau kerosakan kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif.
- Menyebabkan gangguan pada keupayaan otak untuk menumpukan atau fokus pada sesuatu benda.
- Kebiasaannya dikesan sebelum berumur 7 tahun.

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Melibatkan 3 jenis kepayahan :

  • Kurang tumpuan
  • Hiperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)


anda & gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
  1. Kurang tumpuan
    Kanak-kanak sentiasa :
    • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
    • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
    • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
    • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
    • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
    • Tidak berupaya mematuhi arahan
    • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
    • Mudah hilang perhatian
    • Pelupa
  2. Hyperaktif
    Kanak-kanak sering :
    • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
    • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
    • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
    • Bising waktu bermain
    • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
    • Banyak bercakap
  3. Menurut kata hati (Impulsiviti)
    Kanak-kanak akan :
    • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
    • Tidak sabar menunggu giliran
    • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
    • Tambahan :
      • Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
      • Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
      • Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
      • Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
      • Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
      • Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
    • Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Punca-punca Anak Hiperaktif



Asbab hiperaktif atau ADHD (attention-deficit/hyperactivity disorder) kepada anak-anak tidak semua berlaku merujuk pada suatu faktor yang sama, disini saya boleh simpulkan dengan merujuk sumber yang boleh dipercayai; terdapat lima punca yang besar kemungkinan menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami hiperaktif, mungkin ada lagi faktor yang saya terlepas pandang anda boley senaraikan juga di ruangan komen :

1. Faktor Genetik
  • Sebanyak 3-5 % anak-anak dari seluruh dunia mengalami hiperaktif disebabkan oleh faktor genetik. Kajian daripada peta gen yang diambil dari lebih 1400 anak yang pernah dijadikan subjek kajian dan mendapati bahawa anak dengan ADHD memiliki potongan kecil DNA yang digandakan atau hilang.
  • Lebih kurang 25-35% dari ibubapa dan saudara yang pada masa kecil mereka juga hiperaktif, dan sifat hiperaktif ini akan diwarisi kepada anak kelak.

2. Faktor Neurologik
  • Risiko anak hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti proses bersalin yang lama, distres fetal, persalinan dengan cara menggunakan forcep, eklamsia berbandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal. 
  • Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meningkatkan risiko hiperaktif.
  • Selain itu, perkembangan otak yang lambatjuga boleh menjadi faktor. Kajian dalam bidang neurologi sehingga kini, dipercayai hiperaktif terjadi akibat kelemahan fungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernama dopamin. Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi/tumpuan. Beberapa kajian ini menunjukkan terjadi gangguan aliran darah di kawasan tertentu pada anak hiperaktif, iaitu di kawasan striatum, orbital-prefrontal, kawasan orbital-limbik dan khususnya gangguan di otak kanan.

3. Faktor Psikologi dan Persekitaran

Perkembangan emosi dan sosial anak-anak juga bergantung kepada latar belakang ibubapa dan persekitaran anak, apa yang dilalui oleh mereka seharian mempengaruhi tingkah laku mereka kelak : 
  • Kebanyakkan kanak-kanak yang hiperaktif mengalami masalah di dalam kehidupan mereka, dan keliru tentang hubungan diantara mereka dengan ibu bapa mereka. Ada ketika mereka menganggap ibubapa sama seperti rakan sebaya mereka, dan ini harus diasuh secara berhemah oleh ibubapa sendiri.
  • Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan tentang gangguan hiperaktif. 
  • Anak-anak hiperaktif tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah, kerana mereka terlalu mengikut kemahuan dan yakin kemahuan itu wajib ditunaikan. Sekali lagi ibubapa menjadi role terbaik kepada mereka, dalami psikologi anak anda adalah perlu untuk melatih mereka membezakan hak peribadi mereka dan hak kepunyaan orang lain.
  • Ibu bapa perlu mengenal kelebihan, kekurangan dan bakat anaknya serta membantu anak dalam bersosial. Di samping itu juga, perlulah memberi ruang untuk bergerak yang cukup bagi kegiatan aktiviti seharian anak-anak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka, menerima batasan, membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anaknya dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya.
  • Menggunakan teknik-teknik pengelolaan perilaku, seperti menggunakan penguat positif (misalnya memberikan pujian bila anak makan dengan tertib), memberikan disiplin yang konsisten, dan selalu melihat perilaku anak.

4. Faktor Makanan

Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak. Contohnya : 
  • Makanan mengandungi kadar gula yang tinggi atau karbohidrat olahan
Kedua jenis makanan ini  dapat mempengaruhi mood anak. Makanan ini dapat mencetuskan hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol yang dapat memberikan perasaan cemas dan gelisah. 
  •  Aditif Makanan
Pewarna tiruan, penambah rasa, dan pemanis buatan serta kandungan gula terlalu tinggi membuat sistem saraf terlalu aktif. Biasanya banyak didapati pada produk makanan segera. Seperti donat beraneka salutan, pastri, cupcake, soda, fast food, keropok, gula-gula dan pelbagai makanan yang tidak sihat di pasaran kini yang mengandungi jumlah gula yang tinggi dapat membuatkan sistem saraf terlampau aktif.

5. Faktor Toksik

Pendedahan ibu kepada faktor toksik semasa kehamilan boleh memberi kesan anak hiperaktif, iaitu;
  • Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang tinggi
  • Ibu yang merokok dan mengambil alkohol
  • Terkena sinar-X ketika hamil juga dapat melahirkan anak yang hiperaktif


Komplikasi
  • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
  • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
  • Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.
Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.
Pemulihan
Intervensi tingkah laku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.
Pendidikan Khas
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/index.php/kecelaruan-hiperaktif-kurang-daya-tumpuan
http://myavitashop.blogspot.com/2014/04/punca-punca-anak-hiperaktif.html

0 comments:

Post a Comment