Integrity

Integrity is the heart of character. Don't lose it!!

Pendidikan Khas

Jangan mengabaikan kanak-kanak istimewa kerana mereka merupakan insan ciptaan Tuhan.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Belajar dengan cemerlang

Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 18 September 2014

Disleksia








Definisi....

Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'DNY' yang bermaksud susah'LEXIA' pula bermaksudtulisan. Secara khususnya Disleksia bermaksud menderita kerana kesukaran untuk berhubung dengan kata-kata atau simbol-simbol tulisan.


Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :


  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Sukar mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
  • membezakan 15 dengan 51
  •  “was” menjadi “saw”
  •  ‘b’ dengan ‘d’‘
  •  Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  •  Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
  •  Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  •  Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Masalah yang mungkin dialaminya
  •   Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  •   Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  •   Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
  •   Gangguan emosi (seperti kemurungan)
  •   Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
  •   Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
  • Terapi pertuturan
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
  • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
  • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
  • Merasa pergerakan bibir
  • Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :
  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
  • Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
  • Gunakan video atau kaset untuk belajar.

Disleksia Dan Rawatannya

Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau boleh biar mereka berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kanak-kanak normal yang lain.

Disleksia dapat dikesan setelah menjalani beberapa ujan di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Disleksia boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati, Pengidap disleksia biasanya diberikan rawatan terapi bagi meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial. Rawatan dan latihan yang diberikan membantu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka sedikit demi sedikit sehinggalah mereka mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain.

Peranan dan penerimaan ibu bapa terhadap kanak-kanak disleksia amatlah penting. Jika bukan ibubapa, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk meningkatkan nilai-nilai kehidupan kanak-kanak disleksia ini. Mereka memerlukan sokongan dan perhatian yang sewajarnya. Sentiasalah bersama mereka saat mereka sedang belajar untuk mengeja dan membaca. Yakinlah bahawa mereka boleh berjaya! Percayalah, tiada anak yang hadir tanpa ujian dan rezeki. Sesungguhnya hanya ibu bapa yang terpilih sahaja yang diberikan anak seistimewa ini. 

Kanak-kanak Disleksia Yang Hebat

Ramai di kalangan manusia hebat hari ini adalah pengidap disleksia sewaktu kecil. Antaranya ialah Albert Einstain, Leonardo da Vinci, Alexander Graham Bell, Tom Cruise, Lee Kuan yew dan anaknya Dr. Lee Wei Ling, dan ramai lagi.

Jika mereka semua boleh berjaya, mengapa perlu gusar jika anda boleh membantu anak-anak disleksia untuk berjaya? 

Sumber info: 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy 

Minyak Ikan Omega-3

Kanak-kanak disleksia sukar memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran. Makanan yang kaya dengan minyak ikan omega-3 dapat membantu menigkatkan fungsi saraf, retina dan mata sekaligus meningkatkan daya tumpuan mereka dalam pembelajaran. Antara produk kesihatan atau suplemen yang mengandungi minyak ikan omega-3 ialah Omega Guard Shaklee.

Satu hidangan omega guard membekalkan 100mg asid lemak omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA. DHA merupakan nutrien penting bagi otak dan membantu meningkatkan kecerdasan otak dan sekaligus menigkatkan tumpuan dan sistem memori kanak-kanak. 

Selain omega guard, kanak-kanak memerlukan pengambilan multivitamin yang mencukupi dalam diet harian bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan sentiasa berada pada tahap maksimum. Mealshake shaklee adalah multivitamin yang kaya dengan fiber dan segala vitamin yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak. Multivitamin mampu meningkatkan sistem imunisasi serta mengelakkan masalah sering demam, batuk dan selesema.


Rujukan:
http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/apa-itu-disleksia.html
http://nourelhealth.blogspot.com/2014/01/masalah-utama-kanak-kanak-disleksia.html

Masalah penglihatan









Masalah penglihatan

Dari Segi Perundangan

Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan.

Dari Segi Pendidikan

Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang mengalami kecacatan mata yang teruk sehingga memerlukan pendidikan khas.
Jenis masalah penglihatan.

a. Kebutaan

penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan.

b. Rabun atau penglihatan terhad


penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik setelah menerima rawatan. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.


Punca-punca berlakunya masalah penglihatan

      *      Baka dan keturunan.
      *      Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir.
    *   Rubela – Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh       menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.
      *      Sifilis.
      *      Kecederaan pada bahagian mata.
      *      Penyakit.

Ciri-ciri

  §  Bebola mata selalu berputar-putar
  §  Mata selalu bergerak-gerak
  §  Bintik-bintik putih pada pupil
  §  Mata selalu berair
  §  Bahagian tepi mata berwarna merah
  §  Mata sensitif terhadap cahaya
  §  Kerap menggosok mata
  §  Selalu terlanggar objek
  §  Kerap menangis
  §  Kerap berkelip mata
  §  Tidak bertindak balas terhadap cahaya yang terang


Masalah-masalah sampingan

  •                Sering mengadu sakit kepala dan pening
  •                Perlu mendekatkan objek pada mata ketika membaca.
  •               Kerap memusingkan kepala ke sebelah sahaja untuk melihat objek.
  •                  Selalu mengecilkan mata dan mengerutkan mata.
  •                  Sering menutup sebelah mata
  •              Sering melanggar objek ketika berjalan atau bergerak.
  •              Tidak dapat memahami proses pengamatan.


Keperluan bantuan

  • Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca.
  • Guru menyediakan bahan-bahan dalam bentuk cetakan besar, tulisan-tulisan besar,  kanta pembesar,  dan  gambar rajah timbul.
  • Jam bersuara
  • Pengesan  nombor telefon bersuara.
  • Komputer bersuara.
  • Tempatkan murid dekat dengan papan hitam
     dalam kelas.
  •  Menyediakan tongkat kepada murid-murid untuk mengesan benda di sekeliling.


Rujukan
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%208%20Kanak-Kanak%20Bermasalah%20Pendengaran.pdf

Jamila, K. A. (2006). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Batu Caves, Selangor: PTS Professional Pub.
Mohd, Z. G. (2011). Pengantar pendidikan khas.

Tuesday, 16 September 2014

Masalah Pendengaran

Definisi  



Menurut Hallahan dan Kauffman (1991), kanak-kanak bermasalah pendengaran didefinisikan sebagai kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap intensity atau kekuatan bunyi. Mereka juga sinonim dengan murid-murid yang mengalami masalah komunikasi, sosial serta akademik.

Menurut Mojuntin Ebin ( 1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Mereka tidak boleh berfikir seperti murid-murid lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut.

Jenis masalah pendengaran


Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran:

1.    Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah
Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah

2.    Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada
Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.
Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan


3.    Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama
Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

  
      Ciri-ciri

v  Meminta percakapan diulang berkali-kali

v  Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa

v  Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan

v  Sukar memahami perbualan di tempat bising

v  Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari

v  Sukar memahami perbualan telefon

v  Toleransi terhadap bunyi bising berkurang

v  Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual

v  Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat

v  Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.

v  Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran

v  Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)

v  Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)

     Punca Kecacatan

     Sebelum Kelahiran
Ø  Baka
Ø  Pengambilan dadah dan alcohol yang berlebihan
Ø  Jangkitan penyakit
Ø  Tidak diketahui

     Semasa Kelahiran

Ø  Tidak cukup bulan
Ø  Kelahiran yang terlalu lama
Ø  Anoxia
Ø  Sawan

     Selepas Kelahiran

Ø  Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus
Ø  Kecederaan di telinga
Ø  Demam campak, beguk
Ø  Berat badan kurang dari 1500g

Ø  Jangkitan kuman telinga tengah

Masalah sampingan


      i.        Kurang memberi perhatian dalam kelas
    ii.        Pencapaian yang lemah dalam pelajaran
   iii.        Kurang bercakap dan banyak menggunakan jari
   iv.        Kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain
    v.        Tidak bertindak balas terhadap bunyi
   vi.        Silap memahami arahan
  vii.        Menunjukkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi
viii.        Telinga sering berair atau bernanah
   ix.        Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas.

    x.        Selalu berkhayal

Keperluan bantuan masalah pendengaran

a. Pendekatan Oral- Auditory

Pendekatan ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.

b. Kaedah bacaan bibir

   Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

c. Kaedah bahasa isyarat

   Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

d. Kaedah komunikasi seluruh

    Kaedah  ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.

e. Pertuturan isyarat (cued speech)

     Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal. 

Rujukan
Retrieved August 25, 2014, from http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%208%20Kanak-Kanak%20Bermasalah%20Pendengaran.pdf
Jamila, K. A. (2006). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Batu Caves, Selangor: PTS Professional Pub.
Mohd, Z. G. (2011). Pengantar pendidikan khas.








Kanak-kanak berkeperluan khas


Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.


Menurut Kail (2001), kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi , dan ciri-ciri fizikal.



Istilah kanak-kanak  berkeperluan khas

Dalam bahasa Inggeris, istilah “kanak-kanak berkeperluan khas” dinamakan  “children with exceptional needs” atau secara ringkas “exceptional children”.  Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk “kanak-kanak berkeperluan khas”,  antaranya ialah :

Kanak-kanak luar biasa
  •           Kanak-kanak yang berbezadaripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak luar biasa ini terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak kurang upaya
  •           Kanak-kanak ini mengalami kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan yang sempurna menyebabkan mereka tidak dapat melakukan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak cacat

  •          Merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh sseeorang kanak-kanak kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.